Kevin Voight
dalam The Asian Wall Street Journal yang bertajuk The New Soul Search.
Artikel ini membincangkan tentang trend terkini oleh para usahawan,
ahli-ahli perniagaan, pegawai-pegawai tinggi dan syarikat-syarikat
terkemuka dunia seperti Coca Cola Co., Mitsubishi Corp., Siemens AG,
Hewlett-Packard Co., GlaxoSmithKline PLC tidak ketinggalan firma
perunding seperti McKinsey & Co, begitu juga kumpulan syarikat besar
seperti Australia & New Zealand Banking Group. Mereka sanggup
mengeluarkan wang yang banyak untuk para eksekutifnya mendalami
latihan-latihan ketenangan dan peningkatan kecerdasan spiritual.
Keperluan tentang ketenagan jiwa telah
mula dirasai dalam dunia bisnes, terutama untuk membantu mengatasi
stress dan tekanan pekerjaan yang dihadapi para eksekutif tersebut.
Mereka tidak lagi mencari ceramah- ceramah tentang pengurusan stress
yang hanya menceritakan dari aspek teori tanpa penekanan praktikal.
Hasilnya tetap serupa biarpun berkali-kali menghadini ceramah sedemikian
rupa. Dalam latihan Meditasi Islam perkara yang ditonjolkan ialah
bagaimana mereka dapat menemukan makna dan tujuan hidup yang memberikan
sense of direction, justeru dapat mengatasi pelbagai masalah serta
meningkatkan produktiviti dan meningkatkan kesihatan.
Jika anda ingin kedamaian jiwa atau
menghadapi apa juga bebanan emosi atau penyakit yang berpunca dan stress
(cth migraine dll) atau ingin mengubah sikap dari negatif (cth tiada
keyakinan diri dll) kepada positif, Meditasi Islam adalah kaedah yang
patut anda tekuni kerana ía akan membantu anda MENGUASAI SERTA
MENGENDALlKAN TEKANAN DAN MEMBERI JALAN KELUAR KEPADA PELBAGAI MASALAH
biar seberapa benat sekalipun dengan efektif dan praktikal. Percayalah
hanya ketenangan dapat memberi kebahagian hidup.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar